Khamis, 8 Disember 2011

Memandang Ke Depan




        Kini manusia mereka cipta lebih banyak kapal terbang supersonik untuk digunakan pada masa hadapan.

        Salah satu rekabentuk kelihatan seperti kapal terbang Concorde. Kapal terbang yang ditunjukkan dalam gambar di bawah pula kelihatan seperti sebuah kapal angkasa.











Adakah ini kapal terbang atau kapal angkasa?


        Manusia juga mencipta kapal terbang yang dapat melipat sayapnya. Kapal terbang jenis ini dapat terbang dengan kelajuan yang sangat tinggi.

        Sayap ini hanya digunakan pada waktu mendarat atau berlepas. Pada waktu lain, sayap ini dilipat ke belakang. Kos membina kapal terbang ini sangat tinggi. Oleh itu, ia tidak banyak dibina. Lantas mungkin agak lama bagi kita untuk menunggu sehingga dapat menaiki kapal terbang seperti ini.





Isnin, 5 Disember 2011

Gambaran bahaya kapal terbang mendarat

Pesawat Percobaan Hipersonik Capai 13.000 Mil/Jam

Kapal Terbang Supersonik




        Kapal terbang yang laju mempunyai bentuk seperti dart. Badannya runcing dan sayapnya mengembang ke belakang.


        Kapal ini terbang dengan kelajuan yang amat tinggi hingga mengasak udara di hadapannya. Udara ini berkumpul menjadi suatu sempadan yang dipanggil sempadan bunyi.


Kapal Terbang Supersonik memecahkan sempadan bunyi

 
        Kapal terbang akan merempuh sempadan bunyi. Ini mengakibatkan gelombang hentaman yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Kapal terbang yang dapat merempuh sempadan bunyi ini dipanggil supersonik. Ia terbang lebih laju daripada bunyi.




 
        Gambar di atas menunjukkan kapal terbang Concorde. Ia merupakan kapal terbang penumpang supersonik yang pertama. Ia dibina oleh British dan Perancis. Rusia juga ada membina kapal terbang penumpang supersonik yang dinamakan TU-144.

Khamis, 1 Disember 2011

Mendarat

        Semasa mendarat, kapten akan menjunamkan kapal terbangnya perlahan-lahan bagi mengurangkan kelajuan. Kapten akan menghalakan kapal terbang selaras dengan landasan. Sambil itu, kapten akan mengeluarkan tayar mendarat. Flap akan menjulur keluar dan kapal terbang pun mendarat.


        Apabila banyak kapal terbang menunggu untuk mendarat, pengawal akan mengatur mereka dalam suatu susunan atau stack di ruang udara kawasan lapangan terbang itu.

       Kapal-kapal terbang ini akan berlegar-legar di situ hinggalah tiba gilirannya untuk mendarat.

        Pada waktu malam, lampu di landasan akan dinyalakan supaya kapten dapat melihat landasan.

        Selepas mendarat, kakitangan lapangan terbang akan menggunakan baton untuk menunjukkan kepada kapten arah mana yang harus ditujuinya.