Rabu, 30 November 2011

Terbang Di Atas Awan




Kapal terbang akan terbang tinggi di atas awan kerana udara di situ kurang. Oleh itu, penggunaan bahan api dapat dikurangkan. Penerbangan juga lebih licin.





        Peta di atas menunjukkan laluan yang diambil oleh kapal terbang yang melintasi Kutub Utara.

    Kapten menentukan haluannya dengan berpandukan isyarat radio daripada beacon di Bumi.

        Pengawal laluan akan memerhatikan haluan kapal terbang di atas skrin radar dan memastikan bahawa kapal terbang itu mengikut laluan yang betul. Pengawal akan memberitahu kapten berapa tinggi dan berapa laju kapal terbang itu boleh dipandunya.

        Mereka akan memastikan bahawa semua kapal terbang berada dalam jarak yang selamat. 


Jumaat, 25 November 2011

Berlepas

        Sebelum kapal terbang berlepas, kapten akan melepaskan brek dan memberikan sepenuh tenaga kepada enjin.

        Kapal terbang akan meluncur di atas landasan sambil kelajuannya bertambah hinggalah kapten menaikkan tayar hadapan.
Kapal terbang sedang berlepas

           Gambar di atas menunjukkan Boeing 747 sedang hendak berlepas.

        Apabila tayar hadapan tidak lagi mencecah tanah, tayar mendarat juga akan terangkat dan kapal terbang mula mendongak ke atas dan berlepas.

        Para penumpang dapat melihat pemandangan di bawah ketika kapal terbang terbang semakin tinggi dan masuk ke haluannya.

Ahad, 20 November 2011

Berlepas Ke Udara


        Pengawal di menara kawalan akan memberitahu kapten bila kapal terbangnya boleh berlepas. Sebuah traktor akan menarik kapal terbang keluar dari bangunan terminal dan kapten memandu kapal terbangnya perlahan-lahan ke landasan.



        Di kebanyakan lapangan terbang, penumpang akan menaiki kapal terbang melalui sebuah koridor. Oleh itu, penumpang tidak akan basah atau berasa sejuk jika hari sedang hujan.

        Koridor itu beroda. Kakitangan lapangan terbang akan menarik koridor ini sebelum kapten memandu keluar kapal terbang itu dengan perlahan-lahan ke landasan.

        Jika lapangan terbang sangat sibuk pada ketika itu, kapal terbang terpaksa beratur sambil menunggu giliran untuk berlepas.



Isnin, 14 November 2011

Keselamatan Di Lapangan Terbang


        Beratus-ratus orang menaiki kapal terbang pada setiap hari. Oleh itu, adalah penting bagi pegawai-pegawai di lapangan terbang memastikan bahawa mereka dapat membuat perjalanan dengan selamat.

   Sebelum menaiki kapal terbang, para penumpang akan melalui pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada sesiapa yang membawa benda-benda yang berbahaya. Beg-beg mereka turut diperiksa sebelum dipunggahkan ke dalam kapal terbang.




        Kakitangan lapangan terbang akan memeriksa kapal terbang sebelum ia berlepas bagi memastikan kapal terbang itu dalam keadaan yang baik.

        Jentolak salji digunakan untuk membersihkan landasan daripada salji.

    Ambulans dan kereta bomba sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.


Membersihkan Landasan