Isnin, 31 Oktober 2011

Sistem-sistem Penerbangan Dunia


        Sistem penerbangan membuat penerbangan tetap ke negara-negara di seluruh dunia. Terdapat lebih kurang 500 sistem penerbangan di dunia. Setiap negara mempunyai sistem penerbangan mereka sendiri. 
 
        Gambar rajah yang berikut menunjukkan 18 sistem penerbangan yang terkenal. Setiap system penerbangan mempunyai lambang dan warna masing-masing. Berapakah sistem penerbangan yang kamu tahu?







Selasa, 25 Oktober 2011

Merancang Suatu Penerbangan

        Sebelum sesuatu penerbangan , kakitangan lapangan terbang akan memeriksa setiap bahagian kapal terbang itu bagi memastikan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik. 

      Suatu pelan penerbangan akan disediakan. Pelan ini menunjukkan destinasi, laluan, bahan api serta jumlah penumpang yang akan dibawa.

       Di pusat penerbangan, kapten akan memeriksa pelan penerbangan, laporan cuaca dan lorong penerbangannya. Dia akan memberi taklimat kepada kakitangannya tentang penerbangan itu.


 
        Lorong penerbangan ialah kaki lima di udara yang memastikan kapal terbang mengikut haluan masing-masing dan tidak bertembung di udara. 





        Peta di atas menunjukkan lorong penerbangan Atlantik. Garisan merah menunjukkan lorong penerbangan kapal terbang yang paling laju.



Selasa, 18 Oktober 2011

Dek Kapal Terbang



        Gambar di bawah menunjukkan dek penerbangan serta bilik kawalan kapal terbang. Kapten sentiasa duduk di sebelah kiri.






        Kapten atau penolong juruterbang akan memandu kapal terbang. Mereka menukar arah dengan menggerakkan lajur kawalan. Dial-dial yang terdapat di hadapan mereka menunjukkan ketinggian, kelajuan serta arah yang mereka tuju. Throttle lever pula mengawal kekuatan dan kelajuan enjin.

        Seorang jurutera duduk di belakang mereka. Dialah yang akan memberitahu kapten dan penolong juruterbang berapa banyak bahan api yang telah mereka gunakan dalam penerbangan itu. Dia turut memastikan bahawa enjin berjalan dengan lancar dan sempurna.

Isnin, 17 Oktober 2011

Kapal Terbang Masa Kini

        Kapal terbang pada masa kini, dibina untuk membawa lebih banyak penumpang dengan pantas dan murah. Gambar pada muka surat sebelah menunjukkan pelbagai bentuk jet.

        Boeing 747 yang kelihatan dalam gambar di bawah, mempunyai badan yang lebar dan dek atas yang luas. Ia dapat mengangkut banyak penumpang. Terdapat empat buah enjin di bawah sayapnya.





        Di hujung bahagian belakang sayap kapal terbang terdapat flap dan spoiler.
Bahagian Hujung Sayap Kapal Terbang
        Ketika kapal terbang berlepas, juruterbang akan mengawal flap supaya ia menjulur keluar. Ini akan menjadikan sayap lebih lebar lantas memberi kapal terbang angkatan yang lebih baik. Semasa mendarat, juruterbang akan merendahkan flap dan menaikkan spoiler untuk memperlahankan kelajuan kapal terbang.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pelbagai Tugas Kapal Terbang

Pada hari ini, kapal terbang terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Manusia menggunakannya untuk menjalankan pelbagai tugas.

Gambar di bawah menunjukkan sebuah kapal terbang jet yang kecil. Peniaga-peniaga menggunakan kapal terbang ini untuk berjumpa dengan pelanggan mereka di bandar raya lain.





Memadamkan kebakaran di hutan
        Setengah-setengah orang pula menggunakan kapal terbang untuk memadamkan kebakaran.

        Petani pula menggunakan kapal terbang untuk menyembur tanaman mereka dengan racun perosak. Mereka juga menggunakan kapal terbang untuk mengambil gambar kebun mereka dari udara.





        Jadual di bawah menunjukkan kapal-kapal terbang penumpang kecil yang dibina di pelbagai negara.



Isnin, 10 Oktober 2011

Enjin Kapal Terbang

Kini, kapal terbang menggunakan enjin yang lebih berkuasa dengan baling-baling. Apabila baling-baling berputar, ia menolak udara ke belakang. Lantas menghasilkan suatu aliran udara yang pantas. Aliran ini menolak kapal terbang ke depan.





Kemudian, manusia mula mencipta enjin jet. Dalam sebuah enjin jet, kipas di bahagian depan enjin akan menyedut udara sejuk ke dalam. Udara di dalam enjin itu berkumpul dan menjadi bertambah sendat kerana tolakan kipas-kipas yang lain. Oleh itu, ia menjadi sangat panas.

Udara panas itu bercampur dengan bahan api lalu terbakar dan membebaskan gas yang sangat panas. Gas panas ini perlu keluar dari enjin. Oleh itu, ia memancut keluar dari belakang enjin dalam aliran yang deras yang dipanggil jet. Jet inilah yang menolak kapal terbang itu ke depan. 




Khamis, 6 Oktober 2011

Sistem Penerbangan

       

        Lama-kelamaan semakin banyak orang yang teringin menaiki kapal terbang. Mereka mula membina kapal terbang yang lebih besar supaya dapat membawa lebih banyak penumpang dan mel.

         Pada mulanya, mereka menggunakan kapal terbang dwisayap yang mempunyai empat buah enjin seperti yang kelihatan dalam gambar yang dikemukakan di atas. Kemudian mereka membuka sistem penerbangan yang pertama. Sistem penerbangan ini memberikan perkhidmatan di antara Eropah dan Amerika Syarikat.



    Sesetengah sistem penerbangan menggunakan bot terbang (flying boat) yang dapat mendarat di atas air.
      DC3 merupakan sebuah lagi kapal terbang popular yang masih digunakan.


Kapal Terbang DC3 yang popular

Isnin, 3 Oktober 2011

Penerbangan-penerbangan Awal

       Orang yang pertama terbang melintasi Lautan Atlantik pada tahun 1919 ialah John Alcock dan Arthur Brown.
       Pada tahun 1927, Charles Lindbergh merupakan orang pertama yang terbang secara berseorangan dari New York ke Paris dalam kapal terbangnya yang diberi nama The Spirit of St Louis.

        Peta di atas menunjukkan beberapa penerbangan awal.
       Kingsford Smith dan Charles Ulm merupakan orang yang pertama terbang melintas Lautan Pasifik.
       Amy Johnson merupakan orang yang pertama terbang secara perseorangan dari England dan Australia.
       Amelia Earhart cuba terbang mengelilingi dunia tetapi kapal terbangnya telah terhempas di Lautan Pasifik.