Jumaat, 30 September 2011

Kapal Terbang Awal

       Kira-kira 100 tahun dahulu, kapal terbang dibina tanpa enjin. Kapal terbang ini lebih merupakan glider yang mempunyai sayap besar bagi membolehkan ia terapung di udara.
       Gambar rajah di bawah menunjukkan Otto Lilienthal. Dialah orang yang pertama membina glider gayut. Dia terbang menggunakan glider ini dengan bergayut di bawah sayapnya. Apabila dia hendak menukar haluan, dia akan memusingkan badannya.


       Orang yang pertama membina kapal terbang berenjin ialah adik-beradik Wright. Mereka menamakan kapal terbang mereka ini sebagai Flyer I. Gambar di penerbangan pertama adik-beradik Wright.

Khamis, 29 September 2011

Bagaimana kapal terbang dapat terbang

        Tujahan yang dihasilkan oleh enjin menolak kapal terbang ke depan, sementara seretan yang dihasilkan oleh rintangan udara menlambatkan perjalanan kapal terbang.

       Angkatan yang dihasilkan oleh perbezaan tekanan udara pula diimbangi oleh berat kapal terbang.





       Sayap kapal terbang direkabentuk khas bagi membolehkan ia member lebih angkatan.

       Sebuah kapal terbang mempunyai elevator yang dapat menaikkan atau menurunkan kapal terbang. Aileron membolehkan kapal terbang membelok ke kiri atau ke kanan.





Bagaimana Kapal Terbang Mengubah Haluan
       Seorang juruterbang akan menggunakan kedua-dua aileron dan kemudi bagi membelokkan kapal terbang ke kiri atau ke kanan dalam lengkungan yang sederhana.

Isnin, 26 September 2011

KAPAL TERBANG KECIL DAN BESAR

Lapangan Terbang Heathrow, London

Banyak kapal terbang dari pelbagai negara yang mendarat di lapangan terbang di London ini.
        Di setengah-setengah negara, doktor memandu kapal terbang bagi membantu pesakit-pesakitnya. Gambar di sebelah menunjukkan seorang doktor sedang merawat pesakitnya yang patah kaki.

Ahad, 25 September 2011

KAPAL TERBANG

Dengan menaiki kapal terbang, kita dapat pergi ke negara yang jauh dengan cepat.
Kapal terbang mengangkut manusia dan juga kargo. Saiznya ada yang besar dan ada yang kecil.
Kapal terbang besar yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, membawa penumpang di dua dek sebelah atas dan kargo pula diletakkan di bahagian bawah kapal terbang.